More

    Sebuah telefon pintar terbakar dalam kapal terbang, penumpang terpaksa bergegas keluar

    Semalam, sebuah telefon pintar telah terbakar dalam kapal terbang milik syarikat penerbangan Alaska Airlines sewaktu ia mendarat di Seattle, Amerika Syarikat. Kebakaran itu telah memaksa juruterbang untuk mengarahkan semua penumpang agar mereka mengosongkan kabin kapal terbang itu dengan segera melalui laluan kecemasan.

    Menurut wakil daripada lapangan terbang Seattle, telefon pintar tersebut telah terbakar sehingga ia hangus dan tidak boleh lagi dikenali. Kakitangan Alaska Airlines telah cuba menggunakan alat pemadam api untuk mengurangkan kebakaran telefon itu namun ia masih menyebabkan seluruh kabin dipenuhi dengan asap.

    Dua orang terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan kejadian tersebut. Para penumpang telah menyifatkan situasi dalam kabin sewaktu kebakaran telefon itu seperti “mesin asap”.

    Walaupun telefon itu masih belum dikenal pasti, seorang penumpang mengatakan ia adalah sebuah Samsung Galaxy A21. Setakat ini, diasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa Seattle.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured