More

    HUAWEI nova Y60 dilancar: Helio P35, skrin 6.6 inci dan 5,000mAh bateri berharga ~RM866

    Hari ini HUAWEI telah melancarkan Nova Y60 di pasaran Afrika Selatan. Telefon ini merupakan telefon kelas pertengahan yang memiliki ciri tiga kamera, penyimpanan storan dalaman yang boleh ditingkatkan dan kapisiti bateri yang besar.

    Mengikut spesifikasi, HUAWEI nova Y60 mempunyai ukuran badan 165.26 x 76.02 x 9.2mm dan berat 185g. Panel skrinnya menggunakan IPS LCD TFT HD+ 6.6 inci beresolusi 720 x 1600 piksel. Ia juga turut dilengkapi pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    Bahagian hadapannya terdapat takuk di bahagian atas bagi menempatkan kamera swafoto 8MP dengan bukaan f/2.0. Bahagian belakangnya pula terdapat tiga kamera yang mana kamera utamanya mempunya resolusi 13MP dengan bukaan f/1.8, ultra-lebar 5MP, sensor kedalaman 2MP dan lampu kilat LED.

    HUAWEI nova Y60 dilengkapi cipset Helio P35, RAM 4GB, storan dalaman 64GB, slot kad microSD, kapasiti bateri 5,000mAh dan menggunakan paparan antara muka EMUI 11.0.1 beroperasi atas Android 11. Ia mempunyai sambungan dwi-SIM, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Selain itu, bahagian audionya dilengkapi dengan teknologi Histen 6.1.

    Telefon ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan Crush Green berharga ZAR 3,099 (~RM866). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured