More

    Ingin beli OPPO Reno6? Jom tengok dulu perbandingan antara syarikat telko yang menawarkannya!

    Siri OPPO Reno6 telah pun diperkenalkan pada bulan Ogos 2021 dan ia dijangka bakal menjadi antara telefon pintar kelas pertengahan yang terlaris pada tahun ini. Oleh yang demikian, pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan telah menyediakan pelan khas bagi memudahkan pelanggan untuk memiliki telefon ini dengan lebih mudah dengan bentuk promosi, rebat atau diberikan secara percuma.

    Bagi membantu anda memilih pelan yang terbaik untuk keperluan anda, kami telah menyenaraikan tawaran daripada syarikat telko untuk siri OPPO Reno6:

    Celcom – Dapatkan Reno6 Z 5G percuma dengan pelan MEGA Lightning XL

    Celcom menawarkan OPPO Reno6 Z 5G secara percuma jika anda melanggan kepada pelan Celcom MEGA Lightning XL. Dengan pelan tersebut, anda akan menerima data internet sebanyak 120GB sebulan serta panggilan telefon dan SMS tanpa had pada harga RM188 sebulan. Anda juga akan menerima beberapa hadiah percuma bernilai RM502.

    Untuk yang menginginkan OPPO Reno6 5G pula, ia boleh dibeli dengan harga RM799 jika anda mendapatkannya dengan pelan MEGA Lightning XL, atau boleh dibeli dengan ansuran bulanan bernilai RM51 jika anda beli melalui pelan Easyphone.

    Layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut.

    Digi – Diskaun RM20 dan pelan PhoneFreedm 365 percuma selama dua tahun

    Digi menawarkan OPPO Reno6 Z 5G dan OPPO Reno6 5G melalui pelan PhoneFreedom 365. Jika anda ingin membayar dengan yuran paling sedikit, anda perlu melanggan kepada Digi Postpaid 150 yang menawarkan Reno6 Z 5G pada harga RM30 sebulan dan Reno6 5G pada harga RM50 sebulan.

    Bayaran untuk pelan Digi Postpaid 120

    Anda masih boleh melanggan kepada pelan Digi Postpaid 60, 90 atau 120, namun hanya Postpaid 120 dan Postpaid 150 yang masing-masing menawarkan diskaun RM15 dan RM20 selama 24 bulan. Postpaid 120 menawarkan penjimatan keseluruhan sebanyak RM1,679 untuk Reno6 5G dan RM1,459 untuk Reno6 Z 5G.

    Selain itu, kedua-dua peranti boleh didapatkan melalui pelan Family line dengan diskaun 50%. Anda akan menerima data internet sebanyak 85GB, panggilan telefon tanpa had dan 1,000 SMS.

    "
    "

    Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut.

    Maxis – Harga telefon serendah RM1

    Anda boleh pilih di antara kontrak normal atau Maxis Zerolution. Jika anda melanggan kepada pelan termahal iaitu Postpaid 188, anda boleh dapatkan harga termurah untuk Reno6 Z 5G iaitu RM39 sebulan dan Reno6 5G sebanyak RM69 sebulan.

    Pelan untuk Reno6 Z 5G
    Pelan untuk Reno6 5G

    Tawaran yang paling menarik adalah kedua-dua telefon boleh didapatkan dengan harga RM1 sahaja sebagai bayaran pendahuluan dan membina share line baharu. Ini hanya boleh didapati jika anda berdaftar dengan kontrak biasa dalam pelan Postpaid 128 dan Postpaid 158.

    Pelan pascabayar Maxis menawarkan data internet sebanyak 100GB, SMS dan panggilan tanpa had serta sokongan untuk empat nombor dalam share line. Pelanggan juga akan menerima fon telinga wayarles OPPO Enco Buds, HeyTap Cloud Service selama setahun, power bank, smart tag dan pembesar suara Bluetooth.

    Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut tentang pelan OPPO Reno6 Z 5G atau OPPO Reno6 5G.

    U Mobile – RM29 sebulan dengan UPackage

    Jika anda melanggan kepada pakej UPackage, Reno6 Z 5G boleh didapati dengan ansuran RM29 sebulan manakala Reno6 pula berharga RM59 sebulan. Pakej standard daripada pelan Unlimited HERO Postpaid juga menawarkan harga yang menarik, dengan harga RM219 untuk Reno6 Z 5G dan RM889 untuk Reno6 5G.

    Pelanggan pelan ini akan menerima pelbagai hadiah seperti power bank, pembesar suara Bluetooth dan smart tag, kesemuanya bernilai RM277. Semua pelan pascabayar U Mobile akan menerima data internet berkelajuan tinggi tanpa had, data pelayaran (roaming) 3GB, data hotspot 100GB, panggilan tanpa had dan siaran video HD tanpa had.

    Layari laman web U Mobile untuk maklumat lanjut tentang pelan OPPO Reno6 Z 5G atau OPPO Reno6 5G.

    Beritahu kami di Facebook jika perbandingan di atas membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured