More

    Peranti flagship vivo iQOO 3 terkenal sebagai pemacu – prestasi dengan kamera sentrik

    Baru-baru ini vivo mengumumkan untuk pelancaran telefon pintar generasi ketiganya di bawah sub-jenama iQOO. Siri iQOO 3 ini merupakan salah satu peranti terkenal sebagai telefon pemacu prestasi yang kuat. Selain itu siri ini memberi lebih tumpuan kepada teknologi kamera yang canggih.

    Dengan imej bayangan pada Weibo, sedikit sebanyak memberikan kita gambaran mengenai reka bentuk inovatif peranti ini. iQOO 3 ini akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 865 serta memacu prestasi peranti yang kukuh dan tahan lama.

    Dari segi kamera, peranti ini dilengkapi dengan kamera utama 48 MP, yang mempunyai lensa potret profesional 50mm serta kamera berteknologi pengesanan mata AI. Walau bagaimanapun, masih belum banyak kenyataan rasmi yang dinyatakan dalam konsep dan spesifikasi penuh untuk iQOO 3 yang akan datang ini.

    Dengan pelancaran teknologi kamera revolusioner vivo pada siri iQOO 3 ini pastinya akan meningkatkan nilai di kalangan pengguna telefon pintar.

    Apakah pandangan anda tentang peranti flagship siri iQOO 3 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured