fbpx
More

    HONOR mengatasi Xiaomi dan Apple dengan jualan 4 juta peranti pada bulan Julai

    HONOR yang dulu merupakan sebuah jenama telefon dengan pelbagai masalah, kini telah muncul semula sebagai jenama yang laris dalam industri telefon pintar. Jenama tersebut merupakan jenama ketiga terbesar di China dengan menjual 4 juta peranti pada bulan lalu. Jumlah ini berjaya mengatasi jenama besar yang lain seperti Xiaomi(3.9 juta peranti) dan Apple(3 juta peranti).

    Selain HONOR, OPPO dan vivo pula menghantar 5 juta peranti. Walaupun bukan dalam senarai yang tertinggi, ini merupakan satu kecemerlangan bagi HONOR dengan hanya 3% bahagian pasaran pada bulan Januari. Setelah berbulan-bulan, 28.68 juta peranti berjaya dijual dan mendapat pertumbuhan tahunan sebanyak 28.6% di pasaran tempatan, hasil telefon pintar 5G.

    Jenama China itu yang kini bebas dari sekatan perdagangan Amerika Syarikat (AS) juga telah merasmikan pembukaan markas global mereka di Shenzhen, China. Ini dapat membantu HONOR mengembangkan perniagaan global dan mengukuhkan kedudukan di pasaran telefon pintar.

    Kami turut bangga dengan pencapaian HONOR setelah meninggalkan syarikat induk. Komen pendapat anda di Facebook kami dan ikuti berita teknologi terkini bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: TechNave

    
    

     

    Artikel Terkini

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Google Wallet bolehkan anda tambah dokumen dan tiket daripada pustaka foto

    Dompet mudah alih telah menjadi asas kemudahan moden, membolehkan pengguna menyimpan bukan sahaja kad kredit mereka tetapi juga kad insurans kereta, tiket...

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X