More

    Siri iPhone 13 Pro: Pilihan storan dalaman 256GB mungkin tidak tersedia

    Siri Apple iPhone 13 dijangka bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Semakin hampir hari pelancarannya semakin banyak maklumat yang tertiris mengenai siri iPhone 13 ini. Salah satu sumber mengatakan bahawa siri iPhone 13 Pro muncul dalam dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB dan 512GB manakala bagi pilihan 256GB ia mungkin tidak tersedia.

    Ramai pengguna mungkin tidak dapat menerima berita ini tetapi jika dilihat trend sebelum ini yang mana Apple tidak mengeluarkan pilihan storan dalaman 64GB pada model iPhone 7-nya, jadi ianya tidak mengejutkan.

    Untuk pengetahuan, Apple iPhone 7 mempunyai tiga pilihan storan dalaman iaitu 32GB, 128GB dan 256GB. Bagi pengguna yang memikirkan tentang bajet, mereka boleh memilih storan dalaman 128GB.

    Berbeza pula dengan Apple iPhone X yang mana model ini tersedia dalam dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB dan 256GB. Hal ini akan memaksa pengguna untuk menyesuaikan diri dengan pilihan storan yang telah ditawarkan oleh siri Apple iPhone 13 Pro.

    Setakat ini, pilihan yang terbaik untuk siri iPhone 13 Pro adalah 128GB sesuai dengan bajet dan keperluan sesetengah pengguna. Tetapi, berbeza pula dengan pengguna yang mahukan ruang storan yang lebih besar. Mereka perlu mengeluarkan belanja yang lebih bagi memilih storan dalaman 512GB atau 1TB.

    Harga rasmi untuk siri iPhone 13 masih belum diumumkan oleh Apple. Namun, salah satu sumber telah memberikan ramalannya mengenai harga telefon ini. iPhone 13 mini 64GB pada 5499 yuan (~RM 3,533), 128GB pada 5999 yuan (~RM 3,854) dan 256GB pada 6799 yuan (~RM 4,368). iPhone 13 64GB pada 6299 yuan (~RM 4,047), 128GB pada 6799 yuan (~RM 4,368) dan 256GB pada 7599 yuan (~RM 4,882).

    Untuk model iPhone 13 Pro, harga yang dicadangkan ialah 128GB pada 8499 yuan (~RM 5,461), 512GB pada 10499 yuan (~RM 6,746) dan 1TB pada 13299 yuan (~RM 8,546). Harga bagi model iPhone 13 Pro Max pula ialah 128GB pada 9299 yuan (~RM 5,975), 512GB pada 11299 yuan (~RM 7,260) dan 1TB pada 14099 yuan (~RM 9,059).

    Daripada berita yang tertiris sebelum ini, iPhone 13 hadir dengan paparan takuk yang sangat kecil. Ini adalah kali pertama Apple mengubah reka bentuk skrinnya sejak diperkenalkan pada tahun 2017. Pengurangan takuk pada skrin memastikan bahawa iPhone baharu ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan yang lebih besar dan kesan visual yang lebih baik.

    "
    "

    Namun, ukuran skrin tetap sama dengan generasi sebelumnya. Siri ini akan mempunyai tiga ukuran skrin iaitu 5.4 inci (mini), 6.1 inci (13 & Pro) dan 6.7 inci (Pro Max). Siri iPhone 13 tersedia dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, sunset gold dan rose gold.

    Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured