More

    nubia Red Magic 6s Pro dilengkapi ‘air triggers’ 500Hz, ‘power bank’ dan ‘controller’ Fly Wise G1

    Setelah dinobatkan sebagai telefon gaming terbaik dalam laporan China Mobile’s 2021 Smart Hardware Quality kerana sistem penyejukannya yang berfungsi dengan cemerlang, nubia kini telah menambah beberapa ciri istimewa kepada telefon baharunya iaitu nubia Red Magic 6s Pro.

    Ciri-ciri tersebut ialah ia dilengkapi air triggers 500Hz, power bank 10,000mAh dan controller Fly Wise G1. Poster yang telah dikeluarkan oleh nubia menunjukkan bahawa air triggers ini bertindak balas dengan kadar pensampelan sentuhan sehingga 500Hz. Teknologi ini sangat membantu penggunanya semasa bermain game.

    Selain itu, nubia juga mengacah bahawa terdapat aksesori tambahan iaitu controller Fly Wise G1. Controller ini berfungsi sebagai alat kawalan tambahan yang diletakkan pada bahagian kiri telefon untuk membantu penggunanya mengawal dengan lebih tepat. Pengguna hanya perlu menekan butang yang terdapat pada controller ini bagi menggantikan sentuhan pada skrin telefon.

    Tambahan, Red Magic 6S Pro juga hadir dengan power bank berkapasiti 10,000mAh yang mempunyai reka bentuk seakan perisai dengan logo Red Magic pada bahagian hadapannya. Power bank ini disahkan mempunyai paparan digital yang menunjukkan berapa banyak kuasa yang dimilikinya.

    Seperti yang telah dijelaskan di dalam poster, power bank ini mempunyai dua port output yang menyokong pengecasan 20W dan 22.5W. Malangnya, ia tidak menyokong pengecasan pantas 120W yang ditawarkan untuk telefon ini.

    Semua ciri dan aksesori tambahan ini bakal dilancarkan serentak bersama nubia Red Magic 6s Pro pada 6 September ini. Untuk spesifikasi lain anda boleh klik sini. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...