More

    nubia lancarkan pengecas 65W yang dilengkapi empat “port” USB dan pengecas wayarles magnetik

    Jenama telefon pintar nubia telah melancarkan dua pengecas telefon baru iaitu pengecas galium nitrida (GaN) berkadar 65W yang dilengkapi empat port USB. nubia mengatakan pengecas ini dilengkapi teknologi GaN generasi ketiga dan merupakan pengecas 65W empat port yang terkecil setakat ini.

    Empat port tersebut terdiri daripada tiga USB-C dan satu USB-A. Ia mempunyai rekaan yang serupa dengan siri pengecas nubia Deuterium iaitu warna perak dan dilengkapi teknologi pelesapan haba berdasarkan gel (gel heat dissipation technology).

    Di samping itu, nubia akan turut melancarkan sebuah pengecas wayarles magnetik berkadar 18W untuk telefon pintar. Dalam satu poster, nubia menunjukkan sebuah iPhone 12 Pro Max yang dicas menggunakan produk tersebut, di mana ia boleh didirikan dengan tongkat.

    Nampaknya semakin banyak syarikat teknologi telah menghasilkan produk berasaskan pengecasan wayarles magnetik selepas Apple memperkenalkan teknologi MagSafe pada tahun lepas. Baru-baru ini, realme juga telah melancarkan teknologi serupa iaitu MagDart.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pengecas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured