More

    Spesifikasi lengkap siri vivo X70 didedahkan, miliki SD 888+, skrin 120Hz & kamera ZEISS 50MP

    Minggu lalu, vivo telah mengumumkan bahawa siri vivo X70 bakal dilancarkan 9 September ini. Untuk pasaran Malaysia, pihak SIRIM telah mengiktiraf peranti ini dengan nombor model V2105 (X70 Pro) dan V2104 (X70). Namun, salah satu sumber yang boleh dipercayai telah membocorkan spesifikasi lengkap siri vivo X70 yang bakal dilancarkan.

    Bahagian belakang siri vivo X70 mempunyai susunan kamera yang unik. Ia memiliki empat kamera yang diberi sentuhan oleh ZEISS. Kamera utamanya mungkin hadir dengan resolusi 50MP + ultra-lebar 12MP disusun secara menegak manakala kamera potrait 12MP + 8MP disusun mendatar pada bahagian bawahnya.

    Sumber ini mungkin benar kerana disokong oleh sebuah video yang menunjukkan rupa luarannya. Di dalam video tersebut menunjukkan bahagian belakangnya terdapat kamera berbentuk segi empat tepat seperti yang dinyakatakan sebelum ini. Namun, terdapat perbezaan daripada susunan kamera antara X70 dan X70 Pro.

    Adakah anda tidak sabar untuk memiliki siri vivo X70 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured