More

    Samsung tidak perbaharui tanda dagang Galaxy Note, mungkin petanda ia ditamatkan

    Para peminat Samsung pasti merindui siri telefon pintar Galaxy Note yang kemungkinan besar tidak akan dilancar pada tahun ini. Pelancaran Samsung Galaxy Z Fold3 dan Flip3 pada bulan lalu seolah-oleh menggantikan ketiadaan telefon Galaxy Note yang baru untuk 2021.

    Kini terdapat satu lagi maklumat yang mungkin menandakan bahawa Samsung mungkin akan menamatkan siri Galaxy Note. Syarikat itu telah pun memperbaharui tanda dagang (trademark) untuk Galaxy A, Galaxy M, Galaxy S dan Galaxy Z dengan pihak berkuasa Korea Selatan, manakala Galaxy Note pula tidak dikesan dalam pembaharuan tanda dagang ini.

    Ini bukanlah bermakna bahawa Samsung telah menamatkan Galaxy Note secara muktamad dan sebaliknya mereka mungkin masih mempertimbangkan nasib siri telefon pintar tersebut. Sungguh pun begitu, ketiadaan Galaxy Note dalam pembaharuan tanda dagang ini mengukuhkan lagi teori yang mengatakan Samsung tidak akan menghasilkan Galaxy Note baharu selepas pengenalan Samsung Galaxy Note20 pada tahun lalu.

    Adakah anda merindukan siri Galaxy Note? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Galaxy Club

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured