More

    Samsung Galaxy S22 mungkin tidak dilengkapi kamera swafoto bawah skrin

    Sewaktu Samsung memperkenalkan telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold3 pada awal bulan lalu, ia menampilkan kamera swafoto yang unik di mana kamera tersebut diletakkan di bawah skrin dan boleh disembunyikan oleh piksel-piksel dalam skrin tersebut. Ini mungkin membuatkan kita berfikir bahawa teknologi sama akan diperkenalkan dalam siri telefon andalan Samsung Galaxy S22 pada tahun depan.

    Walau bagaimanapun, sumber mengatakan Galaxy S22 tidak akan dilengkapi kamera swafoto bawah skrin seperti dalam Galaxy Z Fold3. Sebaliknya, Samsung akan mengekalkan gaya kamera swafoto dalam lubang punch-hole di atas bahagian atas skrin.

    Ini adalah kerana Samsung berpendapat teknologi kamera swafoto bawah skrin masih belum cukup matang dan masih mempunyai cacat cela. Walaupun kamera swafoto Galaxy Z Fold3 boleh disembunyikan oleh piksel skrin, ia tidaklah sempurna kerana pengguna masih boleh melihat kamera tersebut.

    Selain itu, Galaxy S22 dikhabar akan dilengkapi cipset Exynos 2200, skrin 6.8 inci, bateri 5,000mAh, kamera 50MP dan pengecasan pantas 65W.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Drivers

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured