More

    Lenovo lancarkan komputer riba baharu dengan siri AMD Ryzen 5000, bermula dari ~RM1,783

    Baru-baru ini, Lenovo melancarkan pelbagai produk semasa acara Tech World 2021 iaitu Yoga Slim 7 Carbon, Yoga Slim 7 Pro, dan IdeaPad Duet 5.

    Yoga Slim 7 Carbon menampilkan AMD Ryzen 7 5800U Series Mobile Processor dengan AMD Radeon Graphics. Selain itu, ia juga tersedia dengan grafik pilihan NVIDIA GeForce MX450, RAM dengan LPDDR4x hingga 16GB, dan hingga 1TB PCIe M.2 SSD. Dengan bateri 61WHrs + pengecas dwi, pengecasan selama 15 minit dari Rapid Charge Express membolehkan anda menggunakan komputer riba selama tiga jam lagi.

    Selain itu, Yoga Slim 7 Carbon pula dilengkapi panel OLED oleh Samsung Display dengan empat bezel nipis. Walaupun hanya 14-inci, resolusi 2.8K (QHD +), pensijilan Dolby Vision dan VESA DisplayHDR TrueBlack 500 mempertingkatkan kualiti dalam nisbah 16:10. Kadar penyegaran adalah 90Hz dan anda boleh memilih untuk paparan skrin sentuh.

    Bagi Yoga Slim 7 Pro, ia dilengkapi skrin sentuh QHD IPS 16 inci yang lebih besar. Panel skrin juga menyokong nisbah 16:10 yang sama termasuk Dolby Vision, pensijilan VESA dalam DisplayHDR 400 tetapi dengan kadar penyegaran 120Hz. Prestasi dalaman canggih seperti yang dijangkakan kerana ia dilengkapi dengan AMD Ryzen 7 5800H Mobile Processor, NVIDIA GeForce RTX3050 GPU, DDR4 dua saluran 16GB RAM, 1TB storan PCIe M.2 SSD dan bateri 75WHr dengan Rapid Charge Boost.

    Terakhir sekali, Chromebook IdeaPad Duet 5 adalah komputer riba 2-dalam-1 yang boleh dipisahkan dan beroperasi pada Chrome OS. Paparan OLED 13.3 inci pula munujukkan warna sebenar melalui gamut warna DCI-P3 100%. Hayat bateri dikatakan bertahan hingga 15 jam dengan bateri 42WHr (bergantung pada penggunaan). Lebih-lebih lagi, ia menggunakan pemproses Snapdragon 7c Gen 2, RAM hingga 8GB LPDDR4x dan storan SSD eMMC hingga 256GB.

    Anggaran harga bagi setiap model:

    • Yoga Slim 7 Carbon – $1289.99 (~RM5349)
    • Yoga Slim 7 Pro – $1449 (~RM6009)
    • IdeaPad Duet 5 Chromebook – $429.99 (~RM1783)

    Mana satukah pilihan anda? Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEn

    "
    "

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured