More

    realme 8s 5G dilancar: Miliki Dimensity 810, skrin 90Hz dan bateri 5,000mAh bermula ~RM1,014

    Hari ini, realme secara rasmi telah melancarkan beberapa produk terbaru mereka iaitu realme 8s 5G, realme 8i dan realme Pad. Acara pelancaran ini dibuat secara dalam talian di saluran YouTube rasmi milik realme.

    realme 8s 5G dilengkapi cipset Dimensity 810, RAM 6GB/8GB, panel skrin FHD+ 6.5 inci, segar semula skrin 90Hz, storan dalaman 128GB, bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W dan paparan antara muka realme UI 2.0 beroperasi atas Android 11.

    Bahagian belakangnya menempatkan tiga buah kamera yang mana kamera utamanya mempunyai resolusi 64MP, sensor kedalaman 2MP dan makro 2MP. Pada skrin hadapannya terdapat lubang (punch hole) yang memuatkan kamera swafoto 16MP.

    realme 8s 5G memiliki teknologi Dynamic Range Expansion (DRE) yang mana ia boleh menukarkan storan dalaman yang tidak digunakan kepada RAM. Maksimum RAM yang boleh diperoleh ialah 5GB. Selain itu, telefon ini mempunyai sambungan 5G, dwi-SIM dan slot kad mikro-SD.

    Telefon ini tersedia dalam dua varian iaitu 6GB + 128GB berharga Rs 17,999 (~RM 1,014) dan 8GB + 128GB berharga Rs 19,999 (~RM 1,127). Ia juga tersedia dalam dua pilihan warna iaitu biru Universe Blue dan ungu Universe Purple.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8s 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured