More

    YouTube mengurangkan jumlah langganan untuk berita komuniti

    Jika anda adalah seorang YouTuber dan ingin mengaktifkan fungsi Komuniti, anda memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan untuk dibenarkan menggunakan fungsi itu. Sungguh pun begitu, mulai 12 Oktober ini, YouTube akan mengurangkan had tersebut kepada 500 pelanggan sahaja.

    Catatan komuniti adalah kemas kini status dari pemilik saluran yang boleh didapati di tab Komuniti khusus di profil mereka. Ia juga boleh didapati di tab Laman Utama(Home) atau Langganan(Subscription). Seperti yang diumumkan oleh Youtube pada hari Khamis, fungsi ini akan dikeluarkan secara rasmi ke semua saluran pada 12 Oktober khusus untuk menggantikan tab Perbincangan(Discussion).

    Untuk YouTuber yang mempunyai jumlah pelanggan kurang daripada 500 orang namun masih ingin menggunakan fungsi Community, YouTube mengatakan mereka sedang berusaha untuk membawakan fungsi Community kepada mereka. Ini mungkin mencadangkan bahawa fungsi Community bakal diperkenalkan untuk YouTuber yang mempunyai pelanggan bawah 500 orang pada masa hadapan. Menurut YouTube, sekiranya anda telah mencapai had 500 langganan, berkemungkinan dalam masa seminggu anda akan dibenarkan membuat catatan Komuniti.

    Ini merupakan peluang terbaik bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil melalui saluran YouTube. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TheVerge

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured