More

    Apple mengingatkan bahawa getaran boleh merosakkan kamera iPhone

    Apple harini mengeluarkan laporan bahawa kamera iPhone berpotensi untuk rosak jika berlaku getaran contohnya seperti getaran yang dihasilkan oleh enjin motor berkuasa tinggi. Apple mengatakan bahawa getaran yang kuat boleh menyebabkan prestasi kameranya terjejas.

    Lensa kamera iPhone mempunyai penstabilan imej optik (OIS) dan auto fokus closed-loop (AF) yang memerlukan penggunaan giroskop serta sensor magnetik. Ciri ini merupakan teknologi yang membantu mengimbangi pergerakan dan getaran semasa merakam foto atau video.

    Akibat daripada risiko tersebut, Apple menyarankan penggunanya untuk tidak meletakkan peranti iPhone pada permukaan yang bergetar seperti palang pemegang yang terdapat pada motosikal. Apple mengesyorkan untuk memasang produk pemegang telefon yang jenis bukan sentuhan langsung pada badan motor.

    Tambahnya, adalah lagi baik jika digunakan pada motor berkuasa rendah atau skuter elektrik yang mempunyai tahap getaran yang rendah. Amaran ini masih lagi belum disahkan alasannya, tetapi terdapat banyak laporan yang diterima dan forum perbincangan juga banyak membincangkan tetang risiko getaran terhadap prestasi kamera iPhone.

    Tidak terkecuali, getaran ketika menunggang basikal lasak juga boleh menyebabkan kerosakan pada kamera iPhone. Apple sebelum ini memberi amaran bahawa sistem AF OIS dan closed-loop boleh mengalami gangguan magnetik yang menurunkan prestasi kamera akibat memakai aksesori iPhone. Masalah ini bersifat sementara kerana masalah ini akan timbul jika anda memakai aksesori sahaja.

    Berbeza dengan kerosakan akibat getaran yang mana ianya bersifat kekal. Untuk pengetahuan, teknologi OIS dan closed-loop AF telah digunakan pada model iPhone 6s Plus dan generasi seterusnya. Model-model ini berisiko untuk mengalami kerosakan pada bahagian kameranya.

    Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Malaysia kini hasilkan bateri EV sendiri, pertama di Asia Tenggara!

    Malaysia memulakan fasa pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) rekaan tempatan bulan ini menerusi inisiatif bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek...

    Disney+ mungkin tawarkan pelan percuma untuk saingi YouTube

    Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pelan langganan Disney+ yang percuma dengan sokongan iklan. Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Produk dan Teknologi...

    Selepas 3 hari dilancarkan, Meta henti ciri Muse AI susulan isu privasi pengguna

    Meta telah menamatkan ciri penjanaan imej Muse AI hanya tiga hari selepas ia diperkenalkan kepada umum. Keputusan tersebut dibuat susulan kritikan meluas...

    Netflix bakal berubah? Siaran TV 24 jam dilapor dalam perancangan

    Netflix dilaporkan sedang menjalankan perbincangan dalaman bagi memperkenalkan saluran televisyen langsung yang bersiaran 24 jam sehari. Langkah ini diambil susulan data menunjukkan...

    Xiaomi perkenal Sky Nomad N90, SUV dengan jarak perjalanan capai 1,500KM!

    Xiaomi secara rasmi mendedahkan model SUV terbaharu, Sky Nomad N90 yang menandakan pengenalan sub-jenama baharu syarikat tersebut, Sky Nomad. Jenama Sky Nomad...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured