fbpx
More

    Apple iPad, iPad mini & iPadOS 15 dilancar, bermula RM1,499

    Pada awal pagi ini, Apple telah melancarkan beberapa produk seperti siri iPhone 13, iPad, iPad mini dan iPadOS 15. Acara rasmi yang ditunggu-tunggu selama ini mencecah 2 juta tontonan secara langsung di YouTube. Untuk kali ini, kami akan menyenaraikan ciri-ciri yang terdapat pada iPad, iPad mini dan sistem operasi iPadOS secara ringkas.

    iPad

    Tablet ini dilengkapi cipset Bionic A13, paparan retina 10.2 inci, palam pengecas 20W USB-C, kamera utama 8MP, kamera swafoto 12MP ultra-lebar dengan ciri Center Stage, pengimbas cap jari dan iPadOS 15. Ia juga menyokong fungsi Pensil Apple generasi pertama dan papan kekunci pintar.

    iPad tersedia dalam pilihan storan 64GB dan 256GB serta dua pilihan warna iaitu perak dan space grey. Harganya bermula RM1,499 dan varian selular pula bermula pada RM2,119.

    Papan Kekunci Pintar untuk model iPad dijual secara berasingan dengan harga RM649 dan Sarung Pintar untuk iPad tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan English lavender berharga RM229.

    iPad mini

    iPad mini dilengkapi cipset Bionic A15, paparan Liquid Retina 8.3 inci, port pengecas USB-C, Wi-Fi 6 dan pengimbas cap jari Touch ID di bahagian atas. Kamera swafotonya mempunyai resolusi ultra-lebar 12MP dengan ciri Centre Stage yang berfungsi untuk fokus kepada subjek ketika ianya bergerak. Kamera belakangnya juga memiliki resolusi 12MP dengan ciri Focus Pixel dan lampu kilat.

    Paparannya mempunyai kecerahan 500 nits, gamut warna lebar P3, lapisan skrin anti-reflektif dan True Tone. Tablet ini mempunyai sokongan Pensil Apple generasi ke-2 yang dipasang secara magnet pada bahagian sisi untuk mengecas.

    Harganya pula bermula pada RM2,299 untuk varian Wi-Fi dan varian 5G pula bermula pada RM2,949. Terdapat pilihan storan 64GB dan 256GB serta empat pilihan warna iaitu hitam, merah jambu, starlight, ungu, dan space grey. Sarung lipat pintar untuk iPad mini tersedia dalam lima pilihan warna iaitu hitam, putih, ceri gelap, English lavender dan electric orange berharga RM269.

    iPadOS 15

    iPadOS 15 membawakan ciri baru yang membantu pengguna menjadi lebih produktif dan menjadikan ekosistem iPad lebih baik. Terdapat beberapa ciri yang yang dibawakan pada iPadOS iaitu ciri Split View dan Slide Over yang mana pengguna boleh memisahkan skrin kepada dua segmen untuk kegunaan serentak.

    Selain itu, catatan dipaparkan secara sistematik dengan aplikasi Quick Note dan menawarkan cara baru untuk berkolaborasi dan mengatur jadual sama ada menaip atau menulis dengan Pensil Apple.

    Ciri Teks Langsung yang terdapat pada iPadOS 15 berfungsi untuk mengecam teks dalam foto. Terakhir, panggilan FaceTime terasa lebih semula jadi dengan audio spatial dan mod Potret baru. Untuk pengetahuan tentang audio spatial, sila rujuk artikel ini.

    Namun, kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada Apple tentang keberadaanya di pasaran Malaysia. Apakah pandangan anda mengenai Apple iPad, iPad mini dan iPadOS 15? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Dapatkan TV QLED 75 inci Samsung dengan diskaun 50% dan banyak lagi promosi sempena...

    Dalam masa dua hari lagi, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi Super Brand Day di Lazada. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, ini adalah...

    Google Pixel 8a dilancar: Cipset Tensor G3, paparan 120Hz bermula ~RM2,368

    Hari ini, Google secara rasmi telah melancarkan telefon pintar Pixel 8a yang akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 14 Mei 2024. Google...

    Tivoli Audio dilancar di Malaysia: Barisan pembesar suara premium bermula RM1,099

    Pada hari ini, jenama produk audio premium Tivoli Audio melancarkan rangkaian produk audionya yang pertama untuk pasaran Malaysia, terdiri daripada 13 jenis...

    Maxis perkenalkan pas perayauan Arab Saudi khas untuk musim Haji

    Hari ini, Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass iaitu pas perayauan tawaran masa terhad yang direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal...

    Watch Fit 3 rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 1.82″, hayat bateri sehingga 10...

    Selain daripada pengumuman MateBook X Pro, HUAWEI turut melancarkan jam tangan pintar terbaharu Watch Fit 3 untuk pasaran Malaysia. Ia menampilkan badan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X