More

    iOS 15 akan perkenalkan lebih 100 emoji baru

    Selepas melancarkan siri iPhone 13 dan lain-lain peranti pada awal minggu ini, Apple dijangka akan menyediakan kemas kini sistem operasi iOS 15 pula hari Isnin, 21 September 2021. Antara perkara menarik yang ditawarkan adalah lebih 100 emoji baru untuk kegunaan pengguna.

    Seratus emoji ini termasuklah muka yang cair, tabik hormat, wanita mengandung, isyarat tangan berbentuk hati, tangan bersalaman, jari telunjuk dan banyak lagi. iOS 15 juga menawarkan lebih banyak warna kulit untuk emoji-emoji ini bagi menggalakkan kepelbagaian bangsa.

    Apple telah mengumumkan iOS 15 pada bulan Jun lalu di mana ia menawarkan pelbagai fungsi diperbaharui seperti Spatial Audio dalam FaceTime, sokongan peranti luar Apple untuk menyertai panggilan FaceTime, Live Text serta fungsi baru dalam Apple Maps, Apple Wallet dan Safari.

    iOS 15 akan ditawarkan untuk model iPhone terkini sehingga iPhone 6s. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan emoji baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Insider

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured