More

    Samsung Galaxy Tab S7 FE dilancar di Malaysia: Miliki SD 778G, skrin 12.4″, bermula RM1,899

    Baru-baru ini Samsung Malaysia telah mengumumkan kemunculan sebuah lagi tablet baharu di pasaran Malaysia iaitu Galaxy Tab S7 FE. Fokus utama Samsung untuk kegunaan tablet ini ialah skrinnya besar untuk menonton hiburan dan memudahkan pengurusan dalam kerja seharian dengan harga yang mampu milik.

    Galaxy Tab S7 FE dilengkapi cipset Snapdragon 778G, RAM 4GB/6GB, storan dalaman 64GB/128GB, slot mikro-SD sehingga 1TB, bateri berkapasiti 10,090mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Samsung mengatakan bahawa baterinya mampu bertahan selama 13 jam penggunaan dan mengambil masa hanya 90 minit untuk cas sepenuhnya.

    Spesifikasi lain tablet ini ialah paparannya menggunakan panel WQXGA 12.4 inci dengan resolusi 2560 x 1600, bluetooth 5.2 dan port USB-C. Skrinnya mempunyai ciri yang menarik yang mana pengguna boleh menikmati dua skrin serentak dengan ciri Multi-Active Window.

    Kamera utamanya mempunyai resulosi 8MP dan kamera swafotonya pula mempunyai resolusi 5MP. Terdapat tiga mikrofon pada bahagian hadapan untuk membantu kejelasan suara ketika membuat panggilan video.

    Samsung Galaxy Tab S7 FE turut hadir dengan S Pen bagi memudahkan penggunya untuk menulis dan melukis. S Pen menyokong aplikasi Canva dan Clip Studio Paint. Anda akan menikmati aplikasi Clip Studio Paint secara percuma selama enam bulan dan YouTube Premium selama 4 bulan jika anda membeli tablet ini.

    Yang menariknya, tablet ini boleh digunakan sebagai komputer riba dengan menggunakan sarung papan kekunci Book Cover dan Samsung DeX. Tambahan, ia juga mempunyai ciri paparan skrin kedua yang mana anda boleh menggunakan paparan kedua pada monitor lain.

    Samsung membuat langkah yang bijak dengan membuat program Multiple Device Trade-In yang mana anda boleh menjual peranti anda (maksimum lima peranti dalam satu transaksi) dan menerima rebat sehingga RM200 untuk membeli peranti Samsung. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila klik sini.

    Samsung Galaxy Tab S7 FE tersedia dalam tiga warna iaitu Mystic Black, Mystic Silver dan Mystic Pink. Harga tablet bagi varian 4GB + 64GB ialah RM1,899 sementara varian 6GB + 128GB ialah RM2,199. Samsung membuat promosi daripada sekarang sehingga 31 Oktober 2021 yang mana pembeli akan menerima hadiah percuma jika membeli Galaxy Tab S7 FE.

    "
    "

    Untuk varian 4GB + 64GB, pembeli akan menerima sarung Book Cover secara percuma. Manakala varian 6GB + 128GB, pembeli akan menerima dua buah hadiah iaitu sarung Book Cover dan papan kekunci pintar Trio 500. Anda boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Samsung Galaxy Tab S7 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured