fbpx
More

    Komputer riba gaming Redmi G dilancar: Miliki skrin 144Hz 16.1”, cipset Intel & AMD, Nvidia RTX bermula ~RM3,700

    Seperti yang dijanjikan, Xiaomi hari ini telah melancarkan dua buah komputer riba gaming yang menggunakan cip pemproses Intel dan Amd serta kedua-duanya akan dilengkapi kad grafik Nvidia RTX. Kedua-dua varian memiliki skrin paparan 16.1 inci dengan skrin segar semula 144Hz.

    Terdapat juga pilihan untuk memilih segar semula skrin pada kadar 72Hz jika game yang dimainkan menggunakan grafik yang tinggi. Sistem penyejukan Hurricane 3.0  dengan dua kipas 12V serta lima saluran penyejukan yang diperbuat daripada tembaga membantu menstabilkan prestasi CPU dan GPU.

    Komputer riba Redmi G mempunyai RAM 16GB, storan dalaman 512GB, WiFI 6, DTS: X Ultra 3D audio dan lampu latar pada papan kekunci dengan tiga pilihan mod keterangan. Varian Intel menggunakan Core i5-11260H (Tiger Lake), pemproses teras-hexa dengan frekuensi turbo sehingga 4.4 GHz dan kad grafik GeForce RTX 3050.

    Manakala varian AMD pula dilengkapi dengan Ryzen 5800H dengan teras Zen 3 sehingga 4.4 GHz dan menggunakan kad grafik GeForce RTX 3060 (TDP sehingga 130W). Untuk menyokong kuasa TDP, varian AMD akan hadir dengan pengecasan 230W sementara varian Intel menyokong pengecasan 180W.

    Untuk perbandingan, kad grafik 3060 mempunyai 3,840 teras CUDA dan 192-bit manakala 3050 mempunyai 2,048 teras CUDA dan 128-bit kelajuan memori. Komputer riba gaming Redmi G telah dilancarkan untuk pasaran China pada harga CNY 5,700 (~RM 3,700) untuk varian Intel Core manakala varian AMD Ryzen 5800H berharga CNY 7,000 (~RM 4,500).

    Apa-apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang keberadaanya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X