fbpx
More

    Huawei MatePad Pro dengan varian 5G dilancarkan – Tablet flagship cipset Kirin 990 5G bermula dengan harga ~RM2489

    Selari dengan perkembangan rangkaian 5G yang semakin meluas di serata dunia, Huawei turut menambah peranti baru yang menyokong rangkaian 5G. Salah satunya adalah tablet Huawei MatePad Pro dengan pelbagai varian dan harga bermula dari 549 euro (~RM2489).

    Anda juga perlu tahu bahawa paparan 10.8 inci Huawei MatePad Pro ini merupakan paparan bersaiz penuh (Fullview) pertama di dunia. Bukan hanya mementingkan ciri produktiviti seperti kolaborasi multi-skrin, tablet ini juga mementingkan pengalaman gaming yang imersif dengan penguasaan cipset Kirin 990 5G.

    Tidak cukup dengan itu, tablet ini juga merupakan tablet dengan pengecasan wayarles 27W pertama di dunia. Anda juga boleh memilih untuk mengecas dengan pengecasan berwayar 40W.

    Huawei menampilkan Huawei MatePad Pro dan Huawei MatePad Pro 5G dengan pelbagai varian dan aksesori untuk memenuhi citarasa anda. Huawei MatePad Pro bermula dengan varian 6GB + 128GB pada harga 549 euro (~RM2489), 6GB + 128GB, LTE 599 euro (~RM2715), 8GB + 256GB 649 euro (~RM2942), 8GB + 256GB, LTE 699 euro (~RM3169), 8GB + 256GB dengan M-Pen dan Vegan Leather 749 euro (~RM3396). Manakala untuk harga dan varian Huawei MatePad Pro 5G pula bermula dengan 8GB + 256GB 799 euro (~RM3621) dan 8GB + 512GB 949 euro (~RM4300).

    Selain itu, Huawei turut memberi anda pilihan aksesori yang agak menarik seperti MatePad Sleeve pada harga 39 euro (~RM176), M-Pencil 99 euro (~RM448), Smart Keyboard 129 euro (~RM584) dan Folio Cover 39 euro (~RM176). Apa pun, harga yang dipamerkan dalam nilai matawang Malaysia adalah anggaran sahaja. Kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi berkenaan harga di Malaysia.

    Adakah anda berminat untuk menyambar salah satu varian Huawei MatePad Pro 5G jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X