More

    AMD dan MediaTek mungkin bekerjasama dalam penghasilan cipset

    Baru-baru ini, terdapat petunjuk bahawa pembuat cipset komputer iaitu AMD sedang berunding dengan MediaTek untuk bekerjasama dalam membangunkan beberapa teknologi seperti cipset, Wi-Fi, 5G dan pertukaran data berwayar. Kerjasama tersebut menfokuskan kepada penyelesaian perkakasan telefon serta komputer riba.

    Jika perjanjian tersebut mencapai kata sepakat, kita bakal menyaksikan cipset pertama yang dikeluarkan hasil gabungan AMD dan MediaTek yang dijangka dilancarkan tahun 2024. Sebelum ini terdapat kerjasama antara AMD dan MediaTek dalam penghasilan cipset RZ608 yang mempunyai teknologi Wi-Fi 6 MediaTek.

    RZ608 adalah cipset yang digunakan dalam konsol game AYANEO. Kerjasama tersebut sedikit sebanyak memberi kesan yang besar bagi penyelesaian yang terdapat pada komputer riba AMD. Yang lebih menariknya, penyelesaian tersebut menggunakan teknologi wayarles yang dibawa oleh MediaTek.

    MediaTek telah berkembang menjadi salah satu pengeluar cipset telefon terkemuka dengan teknologi 5G yang sangat berjaya. Pemilihan MediaTek dilihat sebagai salah satu langkah strategik oleh AMD kerana ia mencapai tahap keseimbangan dan prestasi lebih baik daripada Intel.

    MediaTek mendahului Qualcomm dalam penghasilan cipset telefon pada tahun 2020 dan syarikat ini mampu untuk terus menghasilkan beberapa cipset yang terkemuka di pasaran dengan gabungan inovasi dan ciri serba boleh yang mencukupi.

    Kerjasama antara AMD dan MediaTek membolehkan AMD menyelesaikan komunikasi data dengan bantuan MediaTek serta secara tidak langsung meningkatkan jualan peranti MediaTek di dalam pasaran komputer riba.

    Apa-apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang hasil perbincangan tersebut buat masa ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured