More

    PDRM buka siasatan untuk kebocoran data peribadi rakyat daripada JPN dan LHDN

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes kebocoran data peribadi awam yang kononnya datang daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, PDRM sedang menyiasat dakwaan itu daripada pelbagai sudut. Mereka tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat penglibatan orang dalam bagi membocorkan data tersebut, namun PDRM ingin menyiasat dengan lebih teliti bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

    Semalam, satu forum perbincangan digital melaporkan bahawa data rakyat daripada JPN telah didagangkan dalam sebuah laman web yang hanya boleh diakses melalui virtual private network (VPN). Data peribadi seperti nombor MyKad, alamat rumah dan nombor telefon untuk sekitar empat juta rakyat Malaysia telah didagangkan untuk nilai 0.2 bitcoin (~RM35,000).

    Data tersebut dibocorkan melalui platform myIDENTITY iaitu sebuah platform perkongsian data di antara agensi kerajaan yang memudahkan rakyat untuk mengisi data peribadi mereka dalam sebarang borang kerajaan. Dengan platform itu, rakyat tidak perlu lagi berulang menaipkan data peribadi mereka setiap kali mereka ingin mengisi borang dalam agensi kerajaan berlainan.

    Sehubungan ini, LHDN menafikan dakwaan tersebut dan siasatan dalaman mendapati tiada kebocoran data telah berlaku. Mereka bertegas bahawa segala data yang disimpan oleh mereka adalah selamat dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf. Mereka juga akan memberi kerjasama penuh kepada JPN, NACSA dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam siasatan baru ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured