More

    iQOO mungkin akan berpisah dari vivo dan bergerak sendiri bermula 2022

    iQOO adalah sebuah jenama telefon pintar yang berada bawah naungan vivo sejak penubuhannya pada 2019 dan telah pun melancarkan beberapa telefon yang menarik. Kini terdapat laporan mengatakan iQOO mungkin akan berpisah daripada vivo untuk menjadi sebuah jenama yang bebas daripada kawalan vivo bermula tahun hadapan.

    Menurut pengkhabar berita daripada media sosial Weibo, iQOO akan menjadi sebuah jenama yang menyertai konglomerat BBK Electronics, menjadikannya setaraf dengan jenama-jenama besar seperti vivo, OPPO dan realme.

    Pada waktu ini, telefon iQOO menggunakan sistem operasi OriginOS yang diubahsuai daripada vivo. Oleh yang demikian, iQOO mungkin akan memperkenalkan sistem operasinya sendiri sebaik sahaja ia berpisah daripada vivo.

    Ini mungkin akan jadi seperti hubungan di antara OPPO dan realme, di mana realme merupakan jenama di bawah naungan OPPO sebelum bergerak sendiri dan mencipta sistem operasinya sendiri bernama realme UI.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured