More

    Pelancaran global HONOR Magic Earbuds dengan Teknologi Pembatalan Hingar Hibrid Aktif, HONOR EasyFit Strap untuk MagicWatch 2

    Terkini, konferens HONOR All-Scenario Intelligence Livestream yang diadakan di Barcelona berikutan pembatalan MWC 2020 telah melancarkan beberapa produk secara global. Salah satu daripadanya adalah HONOR Magic Earbuds yang bakal hadir di Malaysia pada April ini dengan harga 129 euro (~RM519).

    HONOR Magic Earbuds merupakan earphone wayarles yang dilengkapi teknologi pembatalan hingar hibrid aktif (Hybrid Active Noise Cancelling). Dengan teknologi ini, anda kini boleh mendengar panggilan Bluetooth dengan lebih jelas!

    Turut dilancarkan bersama adalah aksesori MagicWatch 2, tali jam tangan pintar HONOR EasyFit Strap yang hadir dengan beberapa pilihan warna menarik. Tali jam tangan pintar ini boleh didapati dengan harga 35.9 euro (~RM164) sahaja!

    Apa pun, kami masih tiada berita rasmi mengenai harga HONOR Magic Earbuds dan HONOR EasyFit Strap di Malaysia. Kami akan maklumkan harga rasminya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda bakal menyambar produk-produk ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured