More

    Sony WH-XB910N dan WF-C500 dilancar: Fon kepala dan telinga wayarles bermula ~RM430

    Sony hari ini telah melancarkan dua buah produk audionya iaitu fon kepala wayarles WH-XB910N dan fon telinga wayarles WF-C500. Kedua-duanya tersedia untuk dibeli pada Oktober ini.

    Sony WH-XB910N ialah fon kepala berbentuk bulat bersaiz penuh. Ianya adalah sebahagian daripada siri Sony Bass Ekstra dan direka untuk profil bunyi bass-heavy. Selain itu, ia hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif.

    Spesifikasi lainnya ialah ia menyokong codec AAC dan LDAC, Adaptive Sound Control untuk menetapkan tahap pembatalan hingar mengikut keadaan persekitaran, kawalan isyarat, sokongan Google Assistant dan Alexa, Android Fast Pair serta sokongan Windows Swift Pair.

    Fon kepala ini hadir dengan bateri yang mempunyai ketahanan selama 30 jam dan mempunyai reka bentuk boleh lipat serta sarung beg yang telah disediakan. WH-XB910N berharga £179 (~RM870) serta tersedia dalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

    Sony WF-C500 merupakan sepasang fon telinga wayarles dengan harga yang berpatutan tanpa banyak ciri yang ditawarkan. Fon telinga wayarles ini mempunyai ketahanan air IPX4, sokongan AAC, jangka hayat bateri tahan selama 10 jam dan tambahan 10 jam lagi dengan kotak pengecasan yang disediakan, sokongan Android Fast Pair dan Windows Swift Pair.

    WF-C500 berharga £89 (~RM430) dan tersedia dalam empat warna iaitu jingga, hijau, putih dan hitam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured