More

    Telefon pintar baharu Xiaomi CC11 Pro muncul, miliki skrin paparan 4K

    Xiaomi bakal melancarkan sebuah lagi peranti dan perkara tersebut telah disahkan oleh penyenaraian TENAA. Peranti tersebut menggunakan nombor model 2109119BC yang dikatakan Xiaomi CC11 Pro.

    Penyenaraian dalam TENAA menunjukkan beberapa spesifikasi yang bakal digunakannya. Ia dilengkapi skrin paparan OLED dengan resolusi 3840 x 2160 (4K). Tambahan, ia memiliki cipset teras-octa 2.4GHz, RAM 6GB/8GB/12GB/16GB dan storan dalaman 64GB/128GB/256GB/512GB dan bateri berkapasiti 4,400mAh.

    Telefon ini akan tersedia dalam warna merah, jingga, kuning, hijau, cyan, biru, ungu, hitam, putih dan merah jambu. Selain itu, spesifikasi lain yang mungkin dimiliki oleh telefon ini ialah tiga kamera yang mana kamera utamanya 64MP, ultra-lebar 8MP dan telefoto 8MP serta pengimbas cap jari bawah skrin

    Xiaomi  CC11 telah lulus spesifikasi yang telah ditetapkan oleh TENAA pada bulan lepas. Kami menjangkakan telefon ini mempunyai varian berbeza. Namun, kami masih belum menerima maklumat rasmi mengenai CC11 dan CC11 Pro.

    Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured