fbpx
More

    Ingin beli siri Apple iPhone 13? Jom tengok dulu perbandingan antara syarikat telko yang menawarkannya!

    Bermula 1 Oktober, siri iPhone 13 boleh dibeli melalui pelan pra-tempahan bagi telko Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Tempoh pra-tempahan dibuka sehingga 7 Oktober kerana pelancaran rasmi siri iPhone 13 di Malaysia adalah pada keesokan harinya. Kami sudah mengumpulkan maklumat rasmi daripada setiap telko untuk memudahkan anda memilih pelan yang sesuai.

    Celcom – Pelbagai hadiah percuma apabila anda membeli iPhone 13 Pro Max

    Celcom yang merupakan salah sebuah telko popular Malaysia menawarkan tawaran hebat dengan menyediakan pelbagai hadiah percuma. Melalui laman rasmi Celcom, jika anda membuat pra-tempahan iPhone 13 Pro Max, anda akan diberikan Apple Watch Siri 6 atau AirPods Pro, Apple TV+ secara percuma selama tiga bulan, akses percuma IQIYI selama enam bulan, potongan 50% untuk pelan Celcom Phone Care, 0% pelan ansuran dan pulangan tunai RM100 jika anda bayar menggunakan kad HSBC serta berpeluang memenangi Thermomix TM6!

    Bukan itu sahaja, anda juga layak untuk mendapatkan Apple Watch Siri 6 atau AirPods Pro bagi model iPhone 13 yang lain. Anda hanya perlu menambah sejumlah wang mengikut pelan yang anda pilih:

    • iPhone 13 (128GB) RM129/bulan dengan Celcom MEGA 188
    • iPhone 13 (128GB) RM164/bulan dengan Celcom MEGA 188 + AirPods Pro
    • iPhone 13 (128GB) RM185/bulan dengan Celcom MEGA 188 + Apple Watch Series 6

    Tambahan, laman rasmi Celcom juga memaparkan tentang tawaran istimewa secara dalam talian yang mana anda boleh menikmati rebat sehingga RM250 dan penghantaran menggunakan dash4ME secara percuma. Anda juga boleh menjual kembali siri iPhone 12 dan dapat potongan 50% + rebat RM200 untuk siri iPhone 13. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Celcom.

    Digi – Pelan PhoneFreedom 365

    Seterusnya, Digi menawarkan tawaran yang sama iaitu pelan Digi PhoneFreedom 365. Untuk pengetahuan, pelan ini hadir dengan 0% kadar faedah, RM0 pendahuluan dan 365 perlindungan telefon. Selain daripada itu, tiada hadiah percuma untuk pembelian secara pra-tempahan.

    Jika anda berminat dengan iPhone 13 Pro Max (128GB), anda disyorkan untuk melanggan pelan pascabayar Digi 120 atau 150 dengan membayar RM187/bulan atau 184/bulan. Dengan menggabungkan ansuran bulanan telefon dan yuran pascabayar, jumlah tersebut menjadi RM307/bulan atau RM334/bulan. Semua varian storan dan warna tersedia untuk tempahan. Untuk maklumat lanjut berkenaan pra-tempahan, sila layari laman rasmi Digi.

    Maxis – Zerolution dengan kontrak 24 atau 36 bulan

    Sama seperti Digi, Maxis terus menyambung langkahnya dengan menawarkan pelan Zerolution untuk siri iPhone 13. Dengan pelan ansuran selama 24 atau 36 bulan, anda akan menikmati 0% kadar faedah, Maxis SafeDevice untuk mencegah kecurian dan kerosakan selama tiga bulan secara percuma.

    Jika anda memilih untuk membeli iPhone 13 Pro Max (1TB), perbezaan antara bayaran bulanan bagi kontrak 24 dan 36 bulan adalah hampir RM100. Dengan pelan pascabayar Maxis 128, jumlah yang anda bayar ialah RM403/bulan atau RM307/bulan. Perbezaan kecil yang terdapat pada pascabayar Share 48 ialah ianya tersedia untuk pelan Zerolution selama 24 bulan dengan harga RM364/bulan.

    Sebagai alternatif, anda boleh melanggan kontrak tersedia yang ditawarkan oleh Maxis. Dalam pelan pascabayar Maxis 188, anda hanya perlu membayar RM188/bulan dan bayaran pendahuluan sebanyak RM5554. Jika hendak dibandingkan dengan harga runcit untuk varian storan dalaman 1TB, ianya berharga RM7599. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Maxis.

    U Mobile – Percuma palam pengecas Apple USB-C atau berpeluang memenangi Apple Airtag

    U Mobile juga tidak ketinggalan untuk memberikan tawaran menarik kepada pelanggannya yang membeli siri iPhone 13. 450 pelanggan terawal yang membuat pra-tempahan siri iPhone 13 akan membawa pulang palam pengecas Apple USB-C (RM99) secara percuma! Selain itu, 100 pemenang cabutan bertuah juga berpeluang memenangi Apple Airtag (RM129) secara percuma. U Mobile akan menghantar siri iPhone 13 terus ke rumah anda tanpa bayaran pendahuluan (dengan terma dan syarat).

    Anda boleh memilih antara Unlimited HERO atau pelan tersedia dalam Upackage. Untuk varian iPhone 13 Pro Max (128GB), harga permulaan bagi kedua-dua pelan ini ialah RM3809 untuk Unlimited HERO atau RM179/bulan dengan Upackage. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi U Mobile.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X