More

    MySejahtera akan perkenalkan fungsi aduan untuk orang yang melanggar SOP

    Aplikasi MySejahtera bakal memperkenalkan fungsi khas di mana orang ramai boleh membuat aduan jika mereka ternampak orang atau premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak COVID-19.

    Dalam sebuah kiriman Facebook oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), butang “Aduan” itu boleh dimanfaatkan jika pengguna melihat pelanggaran SOP secara individu seperti tidak memakai pelitup muka, tidak mematuhi jarak fizikal atau melanggar perintah kuarantin.

    Pengadu juga boleh buat laporan jika premis gagal mengamalkan SOP seperti tidak merekod bilangan pelawat atau memeriksa suhu badan.

    Selain itu, pengadu boleh memuat naik gambar untuk dijadikan bahan bukti dalam aduan tersebut. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pula mengatakan fungsi aduan akan diperkenalkan dalam MySejahtera.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured