More

    Xiaomi mungkin akan lancarkan telefon dengan cipset Snapdragon 870

    Pelbagai syarikat telefon pintar telah menghasilkan produk yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 870, di mana ia boleh menjana prestasi yang hampir setaraf dengan Snapdragon 888 namun dijual pada harga yang lebih murah. Kini Xiaomi dilaporkan mungkin akan melancarkan sebuah telefon pintar dengan cipset tersebut.

    Menurut sumber, telefon itu akan dilengkapi cipset Snapdragon 870, skrin Full HD+ 120Hz dengan resolusi 2K, bahagian sisi yang melengkung, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W. Daripada segi kamera, ia mungkin terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera telefoto dengan zum optikal 3x dan kamera swafoto 20MP yang berada dalam lubang punch hole.

    Nama telefon ini masih tidak diketahui. Peranti Xiaomi terkini yang dilengkapi cipset Snapdragon 870 adalah Xiaomi Pad 5 Pro namun ia tidak dijual dalam pasaran Malaysia. Sebaliknya, Xiaomi Pad 5 yang dilengkapi cipset Snapdragon 860 boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,399.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured