More

    Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dilancar secara rasmi pada 19 Oktober ini

    Google harini telah mengumumkan bahawa syarikatnya bakal mengadakan acara rasmi iaitu Pixel Musim Luruh pada 19 Oktober ini. Dalam acara ini kita bakal menyaksikan Google melancarkan dua buah telefon pintar baharunya iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

    Acara ini dianggap sebagai acara khas untuk peranti Pixel sahaja kerana Google tidak menunjukkan bahawa mereka akan melancarkan produk selain siri Pixel 6. Namun, ada kemungkinan bahawa kita akan menyaksikan Android 12 dilepaskan secara rasmi bagi peranti Pixel pada acara ini.

    Google sebelum ini mengatakan bahawa Android 12 sebagai Android Open Source Project (AOSP) dengan memberikan jaminan “beberapa minggu akan datang” sebagai jangka masa untuk kemas kini Android 12 dilepaskan untuk Pixel dan perantinya yang lain.

    Telefon Pixel 6 akan menjadi telefon yang pertama dilengkapi cipset Tensor daripada Google dan menggunakan sensor Samsung pada kameranya. Ini juga akan menjadi telefon pertama yang dilancarkan dengan Android 12. Harga dan ketersediaan akan dinyatakan pada hari acara pelancarannya nanti.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Google Pixel ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured