More

    OnePlus 9 RT mungkin tidak dilengkapi Android 12

    OnePlus dilaporkan bakal melancarkan telefon seterusnya dalam siri OnePlus 9 iaitu OnePlus 9 RT pada bulan ini dan beberapa spesifikasinya sudah pun tertiris. Ia mungkin tidak akan dilengkapi sistem operasi berdasarkan Android 12 dan sebaliknya hanya akan dilengkapi Android 11 sewaktu dilancarkan.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, OnePlus 9 RT akan dilengkapi perisian ColorOS 12 terbaru namun ia berdasarkan Android 11, bukan Android 12. Memandangkan varian China akan dilengkapi Android 11, perkara sama mungkin akan berlaku untuk varian antarabangsa.

    Ini adalah kerana Google hanya akan menawarkan Android 12 selepas telefon pintar Pixel 6 akan dilancar pada 19 Oktober 2021. Spesifikasi lain untuk OnePlus 9 RT mungkin terdiri daripada skrin 120Hz, kamera swafoto dalam lubang punch hole, kamera utama Sony IMX766 50MP, cipset Snapdragon 888, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured