More

    HONOR X20 Max bakal dilancar: Mungkin miliki Dimensity 1100 dan skrin 7.2″

    HONOR ingin mengekalkan barisan HONOR Max di mana HONOR X20 Max mungkin akan dilancarkan pada bulan ini. HONOR percaya beberapa pengguna inginkan telefon pintar jenis ‘phablet’.

    Beberapa bulan lepas, terdapat beberapa pendedahan mengenai telefon pintar HONOR X20 Max. Peranti tersebut mungkin menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1100 yang mempunyai empat teras ARM Cortex-A78 sehingga 2.6Hz dan empat teras ARM Cortex-A55 pada 2.2GHz.

    Ia dilengkapi dengan bateri 6,000mAh dan paparan sebesar 7.2 inci. Perincian yang lain masih tidak diketahui tetapi kami menjangka ia mungkin hampir sama dengan HONOR X20 termasuk punch-hole dengan bezel minimum dan bulatan besar di bahagian kamera belakang.

    Menurut laporan di Weibo, HONOR X20 Max akan dilancarkan bersama jam tangan pintar HONOR Watch GS3. Dikatakan peranti baru ini akan mula dijual pada Jualan Hari Gingle Cina (Double 11) yang akan berlangsung pada 11 November.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk terbaru HONOR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured