More

    realme Malaysia lancarkan: Hair Dryer, Beard Trimmer Plus dan Type-C Hub bermula RM79

    Hari ini, realme Malaysia melancarkan peranti AIoT melalui siaran langsung di Facebook realme. Berdasarkan artikel sebelum ini, terdapat lapan peranti pintar mudah alih dan sesuai digunakan di rumah. Kita akan membincangkan spesifikasi lima peranti lain iaitu realme Hair Dryer, realme Beard Trimmer Plus, realme Type-C Hub, Wireless Mouse dan Kabel Type-C.

    realme Hair Dryer      

    realme Hair Dryer direka untuk meningkatkan proses pengeringan rambut dengan kuasa 1,400watt dan kelajuan kipas 19,000rpm. Pengering rambut ini memberi anda pengalaman 5 minit pengeringan dengan tiupan 13.8m/s dan menghasilkan bunyi bawah 80dB.

    Dengan 55 darjah celcius dan ke bawah, ia dapat menjaga kutikula rambut dari mengalami kerosakan. Anda juga boleh menetapkan kelajuan angin dengan aliran udara suhu 45-40 darjah celcius. Ia menghasilkan 20 juta ion negatif per sentimeter padu yang menutup kutikula rambut dan meminimumkan kekeringan. Anda boleh dapatkan pengering rambut ini dengan harga RM199.

    realme Beard Trimmer Plus     

    Peranti ini menggunakan 40 tetapan kepanjangan bersama sisir 10mm dan 20mm dengan ketetapan 0.5mm. realme Beard Trimmer Plus mempunyai bateri berkapasiti 800 mAH yang boleh bertahan selama 2 jam dan penunjuk bateri LED untuk mengesan kuasa bateri. Bilah pemangkas janggut menggunakan keluli tahan karat dengan pelepasan haba yang baik untuk memastikan bilah sentiasa tajam. Ia dilengkapi dengan ketahanan air IPX7 dan menghasilkan bunyi bising kurang daripada 68dB. Anda boleh dapatkan peranti ini dengan harga RM169 di realme’s Lazada official store.

    realme Type-C Hub    

    Peranti mudah alih ini ringan seberat 35g dilengkapi dengan USB 3.2 Gen 1, HDMI 1.4 dwi-Ports serta Type-C Port untuk pemindahan data yang stabil dan pantas. Ia menyokong pemindahan video 4K HD dan melindungi arus berlebihan. Anda boleh menggunakannya pada Mac OS, Windows, Linux, Android dan iOS. Dapatkan Type-C Hub dengan harga RM79 di realme’s Lazada official store.

    Terdapat dua peranti mudah alih lain iaitu Wireless Mouse dan Kabel Type-C. Wireless Mouse mempunyai reka bentuk ergonomik untuk keselesaan cengkaman dan sentuhan senyap dengan berat 62 gram. Baterinya boleh bertahan sehingga 8 bulan. Ia mempunyai penyesuaian DPI yang boleh diubah dari 800 hingga 1600 DPI. realme kabel Type-C pula hadir dalam dua warna iaitu kuning dan hitam yang menyokong pengecasan pantas 3A. Anda boleh dapatkan Wireless Mouse dengan harga RM169 dan Kabel Type-C berharga RM79.

    Anda juga dapatkan peranti-peranti ini di Lazada bermula pada 18 Oktober. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured