More

    Imej janaan OPPO A54s tertiris, miliki skrin 6.52” dan kamera 50MP mungkin berharga ~RM1,050

    Salah sebuah syarikat pengeluar telefon pintar iaitu OPPO bakal melancarkan sebuah lagi telefon baharu. Telefon tersebut ialah OPPO A45s yang mana imej janaannya telah tertiris di internet melalui sebuah sumber.

    A45s dijangka merupakan versi OPPO A54 yang dinaik taraf yang telah dilancarkan pada Mac 2021 yang lalu. Imej tersebut menunjukkan  A54s memiliki skrin paparan LCD IPS HD+ 6.52 inci dengan reka bentuk titisan air (waterdrop) pada takuk kamera yang mempunyai resolusi 8MP.

    OPPO A45s hadir dengan pembaharuan daripada segi penetapan kamera yang mana ia mempunyai sensor kamera utama 50MP berbanding model sebelumnya iaitu A54 dan A16 hanya mempunyai sensor 13MP sahaja. Peranti ini juga mempunyai sensor makro 2MP.

    A54s akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G35, RAM 4GB, storan dalaman 128GB dan Color OS 11 beroperasi atas Android 11. Ia akan tersedia dalam dua warna iaitu Pearl Blue dan Crystal Black. Walaupun kami tidak pasti mengenai tarikh pelancarannya, A54 dijangka dijual di Eropah dengan harga € 219 (~RM1,050).

    Beberapa maklumat yang dikeluarkan untuk OPPO A54s termasuk maklumat harga di pasaran Eropah adalah masih belum pasti. Bila-bila masa sahaja OPPO boleh mengubah ketersediaan, penetapan harga serta nama peranti.

    Buat masa ini, tiada acara pelancaran OPPO yang dijadualkan dan kami akan terus mengikuti perkembangannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...