More

    vivo V2156A dapat pengiktirafan TENAA : Mungkin miliki Dimensity 900 dan bateri 4,005mAh

    Tiga model telefon vivo iaitu V2009A, V2115A, and V2156A telah mendapat pengikitirafan TENAA di China dan mereka TENAA telah mendedahkan beberapa spesifikasi telefon ini seperti gambar di bawah. Menurut data IMEI pada bulan Ogos lepas, V2156A diberi nama sebagai vivo Y76S. Namun seorang lagi pengkhabar berita dari China iaitu WHY LAB mengatakan ia bakal keluar sebagai vivo Y55s pada bulan ini.

    Telefon V2156A berukuran 163.85 x 75 x 7.79mm dan 175gram. Ia bakal dilengkapi dengan:

    • Skrin TFT 6.58 inci: Full HD+ dan resolusi 1080 x 2408 piksel
    • Bateri 4,005mAh
    • Dwi-kamera belakang: 50MP + 2MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Pemproses Octa-core 2.4GHz, mungkin Dimensity 900
    • Android 11 OS
    • Pengimbas cap jari di bahagian tepi telefon

    Ia mungkin hadir dalam varian RAM 8GB dan 12GB serta pilihan storan 128GB dan 256GB. Spesifikasi telefon turut dilihat sama seperti iQOO Z5x yang bakal dikeluarkan kecuali pada bahagian reka bentuk V2156A yang menggunakan bateri yang lebih kecil.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured