More

    Siri HONOR 50: Malaysia jadi negara pertama yang bakal menerimanya

    Baru-baru ini, HONOR Malaysia telah mengirim sebuah video di dalam laman rasmi Facebook miliknya yang mendedahkan siri HONOR 50 bakal tiba di Malaysia. Dalam video tersebut juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang bakal menerima siri tersebut untuk pasaran global.

    Tambahan, dalam video berdurasi 20 saat tersebut,CEO HONOR Malaysia muncul sebagai juru cakap dan pada akhir video terdapat tarikh rasmi pelancarannya iaitu pada 18 Oktober pukul 8 malam.

    https://www.facebook.com/HonorMY/videos/3063851990604802

    Bagi meraikan pelancaran telefon pintar itu, pelbagai platform yang digunakan oleh HONOR Malaysia bagi mempromosikan perantinya. ASTRO juga turut sama terlibat dalam penyiaran pelancaran bagi siri HONOR 50.

    Spesifikasi HONOR 50:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 778G
    • Storan: 6GB + 128GB / 8GB + 128GB / 8GB + 256GB
    • Paparan Melengkung: OLED 6.57 inci, segar semula skrin 120Hz, pensampelan sentuhan 300Hz dan Always On Display (AOD)
    • Kamera: Utama 108MP + ultra lebar 8MP + potrait 2MP + makro 2MP. Swafoto 32MP
    • Bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W
    • Magic UI 4.2 (Android 11)
    • Warna: Midnight Black, Emerald Green, Frost Crystal dan HONOR Code

    Untuk pengetahuan, HONOR 50 menyokong aplikasi Google. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured