More

    HUAWEI Nova 9 dan Nova 8i bakal dilancar: Miliki SD 778G, skrin 6.67” dan kamera 50MP

    HUAWEI bakal melancarkan HUAWEI Nova 9 dan Nova 8i ke pasaran global di Vienna, Austria pada 21 Oktober ini. Kini, mereka lebih fokuskan pasaran di China setelah larangan penggunaan Google.

    HUAWEI Nova 9 telah diperkenalkan di China pada bulan lepas mempunyai:

    • Skrin OLED Full HD+ 6.57 inci 
    • Punch-hole, penyegaran semula 120Hz dan pengimbas cap jari dalam paparan
    • RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.
    • Kamera belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP, ultra-lebar 8MP, macro 2MP, sensor kedalaman 2MP
    • Kamera hadapan 32MP
    • Bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W

    Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 778G SoC yang menyokong rangkaian 5G. Namun, HUAWEI hanya mengeluarkan versi 4G untuk pasaran global. Ini disebabkan oleh larangan penggunaan teknologi berkaitan dengan Amerika Syarikat. 

    HUAWEI Nova 8i pula dilengkapi dengan:

    • Skrin Full HD+ 6.67 inci
    • Kamera punch-hole di bahagian atas kiri
    • Snapdragon 662
    • RAM 6GB dan storan 128GB
    • Kamera hadapan 16MP
    • Quad-kamera belakang, kamera utama 64MP, ultra-leba 8MP dan dua modul 2MP
    • Bateri 4,300 mAh, pengecasan pantas 66W

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...