More

    Apple kurangkan pengeluaran iPhone 13 kerana kekurangan cip

    Krisis cip yang sedang melanda kini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Apple. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengeluaran  jam tangan pintar, namun pengeluaran iPhone juga terganggu.

    Menurut laporan terbaru daripada Bloomberg, Apple berkemungkinan akan menurunkan sasaran produksi kepada 10 juta unit untuk siri iPhone 13 bagi tahun 2021. Hal ini terjadi kerana kekurangan cip dalam jangka waktu yang panjang. Ini akan memberi kesan kepada pengeluaran barisan telefon pintar terbaru syarikat itu.

    Apple pada awalnya dijangka membuat pengeluaran sebanyak 90 juta unit daripada pelbagai model dalam siri iPhone 13 pada akhir tahun ini. Tetapi, sekarang ia harus mengurangkan jumlah tersebut menjadi sekitar 80 juta unit sahaja.

    Broadcom dan Texas Instruments (TI) nampaknya tidak dapat menyediakan komponen yang mencukupi buat masa sekarang. Apple membeli beberapa bahagian cip paparan daripada TI sementara Broadcom adalah pembekal lama untuk pelbagai komponen wayarles.

    Masalah utama TI adalah berkaitan dengan cip yang memberi kuasa pada paparan OLED. Namun, Apple juga menghadapi kekurangan komponen daripada pembekal lain. Setakat ini, kuasa membeli Apple yang kuat dalam industri komponen terutama cip memastikan mereka cukup untuk menghasilkan perantinya.

    Pembuat cip utama telah memberi amaran bahawa permintaan akan terus meningkat daripada penawaran sepanjang tahun depan dan berpotensi untuk menjangkau angka yang lebih tinggi. Beritahu kami pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured