More

    Samsung Galaxy S20 adalah telefon pertama diiktiraf pengecasan pantas USB

    Siri Samsung Galaxy S20 kini adalah siri telefon pintar pertama yang mendapat pengiktirafan pengecasan pantas USB daripada USB Implementers Forum (USB-IF), sebuah organisasi yang menyelia perkembangan dalam teknologi USB.

    Galaxy S20 menyokong spesifikasi Bekalan Kuasa Yang Boleh Diprogramkan (Programmable Power Supply, PPS) dan Penjanaan Kuasa USB (USB Power Delivery) 3.0. Secara asasnya, ini bermaksud telefon itu boleh berfungsi dengan mana-mana pengecasan pantas daripada pengecas pihak ketiga.

    Sebelum ini, untuk pengecasan pantas berfungsi, pengecas perlu memberikan kuasa dalam voltan spesifik yang telah ditentukan oleh telefon yang ingin dicajkan. Untuk itu, telefon perlu dicaj dengan pengecas yang turut diberikan untuk pengecasan pantas berlaku. Jika telefon dan pengecas tidak sepadan, telefon tersebut akan dicaj dengan kadar pengecasan yang lebih perlahan. Namun, S20 kini mampu mengatasi kekangan tersebut dan boleh mendapatkan pengecasan pantas dengan mana-mana pengecas yang mampu.

    S20 dan S20 Plus menyokong pengecasan pantas sehingga 25W manakala S20 Ultra pula sehingga 45W. Beritahu kami di Facebook jika berita ini membuatkan anda ingin memiliki siri peranti Galaxy S20 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured