More

    SKMM lancar rancangan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, miliki kuota sehingga 50GB sebulan

    Dalam pengumuman ringkas baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan “Pakej Remaja Keluarga Malaysia”. Ia berfungsi sama dengan program 1GB percuma setiap hari yang dapat membantu remaja yang masih belajar.

    Menurut catatan Facebook, ini adalah pakej prabayar baharu yang didedikasikan untuk membantu remaja mengakses internet bagi menghadiri kelas dalam talian. Bukan hanya pelajar sekolah rendah dan menengah tetapi juga pelajar pascasiswazah.

    Pakej prabayar ini bernilai RM30 dengan 20GB data internet selama 3 bulan. Walau bagaimanapun, 30GB tambahan akan diberikan percuma selama 3 bulan. Dengan kata lain, kuota 1GB percuma untuk setiap hari termasuk dalam pakej ini. Tambahan, ia tiada had kelajuan bagi melayari internet.

    Pakej Remaja Keluarga Malaysia akan bermula pada 15 Oktober sehingga 15 April 2022. Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian ialah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan YES 4G. Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi kedai-kedai terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured