More

    OPPO K9 Pro bakal ditawarkan dalam warna Neon Silver baharu pada 20 Oktober

    Seperti yang diketahui, OPPO K9 Pro dilancarkan dalam dua varian warna iaitu Obsidian Black dan Glacier Blue. Kini, terdapat varian baru berwarna Neon Silver yang bakal dikeluarkan pada 20 Oktober. Ia mencerminkan tekstur aloi dengan cincin kamera yang mencerminkan pelapis warna pelangi. Teks di sebelah kanan kamera juga mencerminkan warna yang sama seperti dalam gambar rasmi OPPO.

    Peranti dilengkapi dengan skrin FHD+ AMOLED 6.43 inci, penyegaran semula  120Hz, pensampelan sentuhan 180Hz, HDR10, warna gamut lebar DCI-P3 dan nisbah skrin-ke-badan 91.7 peratus. Ia dikuasakan oleh pemprose MediaTek Dimensity 1200 yang digandingkan dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

    Tri-kameranya di bahagian belakang merangkumi sensor utama 64MP f/1.7 bersama lensa 6P, kamera sudut lebar 8MP f/2.2 dengan bidang pandangan 119º dan lensa 5P dan kamera makro 2MP f / 2.4 dengan lensa 3P yang dapat merakam gambar makro 4CM. Kamera hadapannya 16MP sesuai untuk selfie dan panggilan video.

    Seperti peranti biasa, ia mempunyai pengimbas cap jari, pengimbas muka, NFC, dwi-SIM yang menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi dwi-band, Bluetooth 5.2, bicu fon 3.5mm dan port USB-C. Ia menggunakan Android 11 dan beroperasi di atas ColorOS 11. Baterinya 4,500mAh dapat menyokong pengecasan pantas 60W di mana ia boleh mengisi sehingga 50% dalam masa 16 minit.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured