More

    Apple MacBook Pro mungkin akan mempunyai skrin dengan “notch” di atasnya

    Apple bakal menganjurkan acara Apple Event pada malam ini (19 Oktober jam 1:00 pagi waktu Malaysia) dan mereka dikhabarkan bakal memperkenalkan komputer riba MacBook baharu dalam acara itu. Kini, lebih banyak maklumat timbul tentang komputer tersebut di mana skrinnya mungkin akan dilengkapi takuk (notch) di bahagian atas.

    Menurut sebuah gambar yang tertiris dalam Weibo, takuk tersebut bakal mempunyai bentuk petak seperti yang terdapat pada skrin iPhone 13. Takuk tersebut bakal menempatkan kamera FaceTime, sensor cahaya True Tone dan mikrofon.

    Walaupun dengan takuk besar itu, komputer ini dilaporkan tidak mempunyai teknologi pengimbasan muka Face ID dan sebaliknya digantikan dengan Touch ID untuk pengesahan identiti.

    Menurut MacRumours pula, mereka telah mengesan resolusi skrin MacBook seterusnya dalam versi beta untuk sistem operasi macOS Monterey, di mana skrin 14 inci akan mempunyai resolusi 3024×1964 manakala skrin 16 inci pula 3456×2234.

    Jika dilihat pada tinggi kedua-dua resolusi tersebut, ia adalah 74 piksel lebih tinggi berbanding 3024×1890 dan 3456×2160 yang merupakan resolusi dengan nisbah aspek 16:10. Oleh yang demikian, 74 piksel itu mungkin bertujuan untuk memberi ruang kepada takuk di dalam skrin komputer. Sebagai rujukan, semua komputer MacBook sedia ada telah dilengkapi skrin dengan nisbah aspek 16:10.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba Apple baharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumours

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured