More

    TV Pintar Redmi X 2022 dilancar, dilengkapi MTK 9650 dan skrin 4K 120Hz 65″ bermula ~RM1,950

    Jenama Redmi terkenal dengan produknya yang murah dan berkualiti bermula daripada telefon pintar sehingga TV pintar. Tahun lalu, Redmi telah mengumumkan TV pintar model siri Redmi X. Pengumuman tersebut menarik perhatian kerana harganya yang tinggi dan ciri-ciri mewah yang ada padanya.

    Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan generasi baharu siri ini iaitu Redmi X 2022. Ia merangkumi model 65 inci dan 55 inci. TV Redmi X 2022 mempunyai reka bentuk skrin penuh dengan badannya diperbuat daripada logam serta mempunyai skrin lampu latar penuh.

    Ia mempunyai resolusi 4K (3840 × 2160 piksel), masa tindak balas skala kelabu biasa 6.5 ms, kedalaman warna yang menyokong 10-bit (8-bit + FRC), liputan gamut warna 94% P3 dan ΔE≈ 2. Ia juga menyokong FreeSync Premium dan Dolby Vision.

    Redmi X 2022 menggunakan kadar penyegaran tinggi 120Hz berganda yang unik. Ia bukan sahaja mempunyai kadar penyegaran hingga 120Hz tetapi juga menyokong 120Hz MEMC. Ini dapat meningkatkan definisi gambar dinamik dan kelancaran tayangan.

    Untuk bahagian audio, TV ini dilengkapi dengan 4 pembesar suara terbina di dalam, 2 saluran udara, kotak tertutup dengan rongga suara besar 2 × 0.38L dan kekuatan output 2 × 12.5W serta menyokong Dolby Atmos.

    Redmi X 2022 mempunyai cipset pemproses MediaTek MTK 9650 22nm (cipset yang sama yang digunakan pada Xiaomi Mi TV Edisi Master), CPU A73 1.5GHz quad-core dan GPU Mali-G52 2EE MC1. Kuasa pengkomputeran AInya hingga 1T dan menyokong AI-PQ, audio pintar AI-AQ dan penyesuaian gambar.

    Cip ini dipasangkan dengan memori 3GB dan storan dalaman 32GB. Selain itu, TV pintar ini terdapat juga pelbagai paparan antara muka, dua port HDMI 2.0 (eARC), satu port HDMI 2.1 (4K120Hz), satu AV, satu ATV / DTMB, dua port USB, satu S / PDIF, satu RJ-45 dan empat mikrofon untuk menyokong suara jarak jauh .

    Secara amnya, ia adalah TV pintar andalan dengan semua ciri premium yang tersedia dan dijual dengan harga yang berpatutan. TV pintar Redmi X 2022 varian 55 inci berharga RMB 2,999 (~RM1,950) manakala model yang lebih besar iaitu 65 inci berharga RMB 3,499 (~RM 2,275). Pra-penjualan bagi TV pintar ini sudah bermula dan bakal dihantar kepada pembeli pada 31 Oktober.

    "
    "

    Adakah anda berminat dengan TV pintar ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured