More

    HONOR Play5 Youth dilancar, miliki Dimensity 900, skrin 120Hz 6.67″ dan cas 66W bermula ~RM1,170

    HONOR sebelum ini telah mengumumkan HONOR Play5 5G pada bulan Mei lalu dengan cipset Dimensity 800U dan kini ia telah menambah ahli pada siri Play yang digelar HONOR Play5 Youth. HONOR Play5 Youth dikuasakan oleh cipset Dimensity 900 dan menggunakan paparan antara muka Magic UI 4.2 berasaskan Android 11.

    Ia mempunyai RAM 8GB dengan sokongan pengembangan RAM maya sehingga 2GB serta terdapat dua pilihan storan dalaman 128GB dan 256GB. Play5 Youth hadir dengan skrin FullHD+ 120Hz 6.67 inci dengan liputan DCI-P3 dan mempunyai lubang berbentuk pil di sudut kiri atas untuk kamera swafoto 16MP.

    Kami percaya syarikat itu sepatutnya memilih reka bentuk lubang (punch hole). Pada bahagian belakang terdapat dua kamera iaitu kamera utama 64MP dan sensor kedalaman 2MP. HONOR Play5 Youth didatangkan dengan GPU Turbo X, pengimbas cap jari pada bahagian tepi, menyokong rangkaian 5G dan mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Baterinya berkapasiti 4,300 mAh yang dicas melalui port USB-C dengan sokongan pengecasan 66W. HONOR mengatakan bahawa Play5 Youth mampu mencapai 50% bateri dalam masa 15 minit. HONOR Play5 Youth hadir dalam warna biru dan hitam.

    Untuk varian 8GB + 128GB berharga CNY1,799 (~RM1,170) dan varian 8GB + 256GB pada CNY1,999 (~RM1,299). Telefon pintar itu sudah sedia untuk pra-tempahan di China bermula dari 1 November. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured