More

    Celcom dan ZTE usahakan 100 tapak 4G LTE baharu di Sabah dan Sarawak

    Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan ZTE Corporation (ZTE) sedang mengusahakan penyediaan 4G yang lancar di Sabah dan Sarawak. Celcom akan melaksanakan penambahbaikan 100 tapak rangkaian di Sabah dan Sarawak dengan penggunaan teknologi L900 mulai November 2021.

    Bagi memberi pengalaman internet yang lebih baik di kawasan pedalaman, penggunaan L900 dikenalpasti dapat menyelesaikan penambahbaikan 4G dan menyediakan penyambungan yang lancar untuk pengguna. Ia akan menyediakan kuasa penembusan dalam bangunan yang lebih baik, sekaligus membolehkan penghantaran data dan perkhidmatan Voice over LTE (VoLTE) yang lebih mantap di 100 tapak yang disasarkan.

    Pada bulan April lepas, Celcom dan ZTE telah melaksanakan inisiatif penaiktarafan 4G LTE bagi 70 tapak di Sabah dan Sarawak melalui penggunaan jalur lebar L1800. Ini telah menyelesaikan isu peningkatan trafik data dengan segera dan mempertingkat kualiti liputan di kawasan terlibat. Jikuwa bin Birula, pembantu operasi di SK Samparita, Kota Marudu turut mengucapkan terima kasih kepada Celcom dan ZTE atas penambahbaikan yang turut membantu sekolah-sekolah di kawasan tersebut. 

    Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata mereka menjalankan penambahbaikan rangkaian secara berterusan untuk mempertingkat liputan, kapasiti dan keutuhan rangkaian fokus di tempat-tempat yang amat memerlukan seperti di kawasan pedalaman di negara ini.  

    Selain itu, Celcom dan ZTE turut membantu keluarga B40 melalui inisiatif #MyBaikHati dengan mengumpulkan peranti digital. Ini dapat membantu pembelajaran di rumah dan inisiatif ini membantu sektor pendidikan dengan menawarkan pakej mampu milik untuk pelajar kurang berkemampuan.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengucapkan syabas kepada kedua-dua syarikat di atas inisiatif tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...