More

    Kemaskini beta iOS 15.2 dan iPadOS 15.2 dilepaskan, tersedia untuk penguji awam

    Penguji beta awam yang telah mendaftar untuk program ujian beta Apple kini boleh mengemas kini iOS 15.1 dan ‌iPadOS 15.1‌ selepas memuat turun sijil  dari laman web Public Beta. iOS 15.2 dan iPadOS 15.2 memperkenalkan Laporan Privasi Aplikasi (App Privacy Report) yang membolehkan pengguna melihat kekerapan aplikasi mengakses maklumat sensitif mereka seperti lokasi, foto, kamera, mikrofon dan kenalan sepanjang tujuh hari yang lalu.

    Ia turut menunjukkan aplikasi berhubung dengan domain lain dan masa mereka berhubung supaya anda boleh memerhatikan apa yang aplikasi lakukan di sebalik tabir. Anda boleh menghidupkan App Privacy Report di Tetapan (Settings), pilih Privasi (Privacy) kemudian ke App Privacy Report. Data akan mula dipaparkan di aplikasi setelah beberapa lama digunakan.

    Hari ini, terdapat penambahan ciri Panggilan Auto SOS Kecemasan (Emergency SOS Auto Call). Anda kini boleh menekan butang sisi dengan beberapa kali untuk memulakan atau dengan menekan butang sisi dan butang bunyi sekali gus. Kiraan detik tiga saat kini meningkat ke lapan saat sebelum panggilan kecemasan dibuat.

    Apple juga telah mengubah suai ciri Ringkasan Pemberitahuan (Notification Summary) dalam beta, menjadikan ia kepada rupa gaya-kad (card styles) dan terdapat kod untuk ciri Keselamatan Komunikasi (Communication Safety Feature) yang diumumkan Apple awal tahun ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...