More

    Penyelidik keselamatan dedah Facebook jejak privasi penggunanya

    Walaupun teknologi semakin memudahkan kehidupan kita pada ahari ini, privasi dalam talian juga merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan. Menurut penyelidik keselamatan, pengguna iPhone yang mengambil serius perkara ini harus memadamkan Facebook. Hal ini kerana cara syarikat tersebut mengumpul data anda.

    Penyelidik keselamatan mendapati bahawa walaupun anda tidak membenarkan aplikasi mengumpul maklumat data anda, Facebook entah bagaimana berjaya mencari jalan untuk meneruskan penjejakan data anda dalam kemas kini iOS terbaru.

    Tidak kira di mana anda berada, data dalam iPhone seperti foto, lokasi dan masa, Facebook akan sentiasa mengetahui di mana anda berada. Seperti yang anda boleh lihat daripada video di atas, Facebook mengumpulkan data daripada pecutan (accelerometer) iPhone anda dengan data berkumpul di sekeliling anda.

    Selain Facebook, WhatsApp dan Instagram juga melakukan perkara yang sama walaupun tidak seburuk dahulu. Pengguna iPhone masih boleh mematikan penjejakan dalam WhatsApp dan Instagram, tetapi hanya jika yang kedua telah membuka DM. Selari dengan hak asasi manusia, kita wajar untuk mengambil serius tentang privasi diri.

    Tetapi, masalahnya ialah Facebook, WhatsApp dan Instagram digunakan secara meluas di seluruh dunia sehingga sukar untuk beralih kepada alternatif lain. Apa pendapat anda? Adakah anda masih menggunakan Facebook?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured