More

    Jam tangan pintar Meta tertiris, miliki kamera pada skrin hadapan dan mungkin dilancar awal tahun 2022

    Sehari selepas mengumumkan penukaran nama syarikatnya, Facebook telah mengalihkan tumpuan mereka daripada menjadi platform media sosial kepada metaverse. Syarikat itu mempunyai beberapa projek termasuk produk AR/VR dan kini nampaknya ia sedang bersiap sedia untuk melancarkan jam tangan pintar.

    Imej jam tangan pintar Meta yang akan datang telah muncul dalam talian melalui Bloomberg yang mendedahkan reka bentuknya. Produk ini mempunyai reka bentuk segi empat sama dengan bucu yang bulat dan juga mempunyai kamera menghadap ke hadapan pada bezel bawah.

    Perkara ini dibocorkan menerusi aplikasi Facebook View yang direka oleh syarikat itu untuk digunakan bersama cermin mata pintar Ray-Ban baharu yang dilancarkan awal bulan ini. Kod dalam aplikasi menunjukkan bahawa jam tangan pintar yang akan datang diberi nama “Milan”.

    Terdapat butang kawalan bahagian sisi kanan badan dan talinya boleh ditanggalkan. Adalah selamat untuk mengandaikan bahawa kamera yang terdapat pada jam tangan pintar ini mungkin boleh digunakan untuk membuat panggilan video. Hal ini menjadikannya menonjol daripada jam tangan pintar lain yang tersedia di pasaran.

    Sebelum ini, Facebook dilaporkan sedang mengusahakan jam tangan pintar dengan berbilang kamera dan sensor denyutan jantung. Walaupun tarikh pelancaran jam tangan pintar Meta ini masih tidak diketahui, beberapa laporan menunjukkan bahawa peranti itu mungkin dilancarkan awal tahun depan.

    Meta belum membuat keputusan muktamad dan tarikh pelancarannya boleh berubah-ubah. Sebaik sahaja dilancarkan, peranti ini akan menjadi pesaing Apple Watch dan Samsung Galaxy Watch.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured