More

    Gigaset GS5 dilancar: Dilengkapi Helio G85 dan bateri 4,500 mAh boleh tanggal berharga ~RM 1,430

    Jenama telefon pintar yang berpangkalan di Jerman iaitu Gigaset Communications telah melancarkan telefon terbarunya yang dipanggil Gigaset GS5. Mungkin namanya tidak segah pengeluar telefon pintar lain, namun syarikat ini sebenarnya merupakan bekas sebahagian daripada Siemens dan mempunyai rangkaian luas telefon pintar kelas pertengahan dan lasak.

    GS5 didatangkan dengan reka bentuk melengkung yang menarik dan mempunyai kapasiti bateri 4,500 mAh yang boleh ditanggalkan. Ia dilengkapi paparan takuk titisan air (waterdrop) FHD+ 6.3 inci dengan kamera swafoto 16MP. Ia menggunakan cipset Helio G85 MediaTek ditambah dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

    Bahagian belakang menempatkan kamera utama 48MP bersebelahan dengan kamera ultra-lebar 8MP dan denyar LED. Terdapat juga pengimbas cap jari kapasitif pada bahagian belakang. Ia hadir dengan Android 11 dan Gigaset menjamin kemas kini kepada Android 12.

    Telefon ini mempunyai dwi-SIM, slot microSD, NFC dan bicu fon audio 3.5mm. Gigaset GS5 hadir dalam dua pilihan warna iaitu kelabu titanium gelap dan ungu muda. Ia dijual pada harga €299 (~RM 1,430).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured