More

    Spesifikasi OPPO Reno7 tertiris, mungkin dilengkapi skrin OLED 120Hz, cipset Snapdragon 888

    Spesifikasi untuk siri telefon kelas pertengahan seterusnya daripada OPPO, OPPO Reno7, kini telah pun tertiris di mana ia mungkin akan terdiri daripada tiga varian utama iaitu OPPO Reno7 SE, OPPO Reno7 dan OPPO Reno7 Pro.

    Reno7 dan Reno7 Pro dikhabarkan bakal dilengkapi skrin OLED berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz untuk Reno7 dan 120Hz untuk Reno7 Pro. Kedua-duanya akan dikuasai bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

    Kamera Reno7 terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra-lebar 16MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala kamera Reno7 Pro dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Samsung GN5, kamera ultra-lebar 64MP dengan sensor OmniVision OV64B dan kamera telefoto 13MP.

    Untuk cipset pula Reno7 akan dilengkapi Dimensity 1200 manakala Reno7 Pro akan dilengkapi Snapdragon 888. Varian RAM yang ditawarkan adalah 8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah 256GB.

    Reno7 SE pula adalah varian terendah, dengan skrin 90Hz berukuran 6.43 inci, cipset Dimensity 920, bateri 4,300mAh, pengecasan pantas 65W, kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang tarikh pelancarannya, namun ia mungkin akan hadir sekitar bulan November. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured